Isnin, 7 Oktober 2013

Yakinlah Yang Kesusahan ini Akan Buat Kau Tersenyum Suatu Hari nanti

Penat ! Letih ! Lelah !
Lemah !
Hidup ni satu cubaan
Kalau tak de cubaan
Kita tak matang
Kita tak tak tahu sejauh mana
Tahap kesabaran kita
Kita tak kan tahu
Sehebat mana diri kita !
Ujian !
Mengajar kita untuk jadi seorang yang lebih berdikari !
Mungkin hari ni
Kita mengeluh dengan kehidupan kita
Terasa perih , derita..
Tapi percaya lah suatu hari nanti
Bila kita sudah melepasi semua keperihan itu..
Kita akan tersenyum
dan bangga dengan diri sendiri !

Percaya tak ? Aku seorang yang hebat..
Aku boleh hadapi semua kesulitan itu
Yang pasti dengan bantuan Allah swt..
Aku jadi kuat !
Dan sekarang aku rindukan saat aku menangis sendirian !
Merindukan kenangan ketika aku berjalan keseorangan meredah malam
Mencari penyelesaian !
Sambil airmata berlinangan
Tanpa bantuan seorang insan walaupun bergelar saudara pertalian!

Saat aku kelaparan !
Kerana tak biasa dengan situasi baru !
Saat aku menyuap kan sesuap nasi ke mulut!
Sambil merindui teman-teman lamaku!
Saat aku melihat sekumpulan taulan bergembira!
Sedangkan aku sendirian tanpa bicara!

Dan kini..
Aku sangat bangga dengan diri aku
Aku tak sangka aku setabah ini !
Aku tak sangka aku yang dahulu adalah aku yang kini!
Pengalaman mengajar aku erti kehidupan !

Yang pasti aku percaya Allah sentiasa ada untuk aku !
Sepanjang waktu ini
Aku sedar
Sesukar mana keadaan aku !
Sesulit mana situasi aku !
Sesedih mana aku !
Sejauh mana aku hanyut
Sedalam mana aku tenggelam
Akan ada yang datang membantu ... !

Yang aku tahu..
Jangan pernah berputus asa.
Allah sentiasa ada buat kita !
Terima Kasih Allah atas nikmat mu yang tak terkira !
Alhamdulillah....... (T T)


Tiada ulasan: