Isnin, 21 Oktober 2013

CT SKAN

Salam isnin ..

Tadi exam CT- Scan ..
Tak sampai sejam dah siap ,, yuhuuu !!
Terbaik kan ?
Terbaik ! dan Terbalik !
Haha
Selalunya lau orang yang siap awal dalam exam
Ni antara dia betol2 jawab confident betOl atau pun tembak menembak sbb mls nak pk
Aku ?
Tak confident .. tak tembak menembak jugak ..
Entah ..
Y pasti dah siap buat apa nak tggu lama2 kan ..
Blaa je lah ..

Tak sangka ingat dah blaa boleh balik terus ..
Rupanya kena tunggu lagi
Bagi semua org siap
Masok kelas balik sbb nak discuss ..
K nyesal siap awal .
So , Lepak lah aku sorang2 entah di mana - mana .




Isnin, 7 Oktober 2013

Yakinlah Yang Kesusahan ini Akan Buat Kau Tersenyum Suatu Hari nanti

Penat ! Letih ! Lelah !
Lemah !
Hidup ni satu cubaan
Kalau tak de cubaan
Kita tak matang
Kita tak tak tahu sejauh mana
Tahap kesabaran kita
Kita tak kan tahu
Sehebat mana diri kita !
Ujian !
Mengajar kita untuk jadi seorang yang lebih berdikari !
Mungkin hari ni
Kita mengeluh dengan kehidupan kita
Terasa perih , derita..
Tapi percaya lah suatu hari nanti
Bila kita sudah melepasi semua keperihan itu..
Kita akan tersenyum
dan bangga dengan diri sendiri !

Percaya tak ? Aku seorang yang hebat..
Aku boleh hadapi semua kesulitan itu
Yang pasti dengan bantuan Allah swt..
Aku jadi kuat !
Dan sekarang aku rindukan saat aku menangis sendirian !
Merindukan kenangan ketika aku berjalan keseorangan meredah malam
Mencari penyelesaian !
Sambil airmata berlinangan
Tanpa bantuan seorang insan walaupun bergelar saudara pertalian!

Saat aku kelaparan !
Kerana tak biasa dengan situasi baru !
Saat aku menyuap kan sesuap nasi ke mulut!
Sambil merindui teman-teman lamaku!
Saat aku melihat sekumpulan taulan bergembira!
Sedangkan aku sendirian tanpa bicara!

Dan kini..
Aku sangat bangga dengan diri aku
Aku tak sangka aku setabah ini !
Aku tak sangka aku yang dahulu adalah aku yang kini!
Pengalaman mengajar aku erti kehidupan !

Yang pasti aku percaya Allah sentiasa ada untuk aku !
Sepanjang waktu ini
Aku sedar
Sesukar mana keadaan aku !
Sesulit mana situasi aku !
Sesedih mana aku !
Sejauh mana aku hanyut
Sedalam mana aku tenggelam
Akan ada yang datang membantu ... !

Yang aku tahu..
Jangan pernah berputus asa.
Allah sentiasa ada buat kita !
Terima Kasih Allah atas nikmat mu yang tak terkira !
Alhamdulillah....... (T T)